Satu Persinggahan...







Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [2:269]


   
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Link



www.al-islam.com

Bacaan Shaikh Sa'ad Al-Ghamdi

Tafsir

BSc

Suluk

islamic finder

space

fakulti

Racing

evolutionet

terato



Counters







sahabat



spider

Andes

Icecream


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


Jan 25, 2005
kenapa?


ramai yang tanya kenapa blog nie selalu sepi je.. naper cik latiff tak cerita pasal hidup cik latiff lagi.. kadang susah nak jawap.. harini kat utusan malaysia kat column bicara agama ada satu artikel pasal 'jangan banyak cakap' berdasarkan hadis nabi... well.. inilah salah satu sebabnya.. lagipun cik latiff selalu dok bagi promised nak hurai bab-2 ayat quran tapi cik latiff tak buat pun.. maaflah itu atas kelemahan diri cik latiff sendiri... sesungguhnya syaitan itu mmg suka melalaikan manusia dari jalan kebaikkan :( lagipun kadang biler kita banyak cakap, kita tak nampak salah diri kita... kita jadi seronok dan kadang kita lupa kita seolah mempersoal atau menceritakan ujian tuhan terhadap diri kita, sedangkan hamba yang sabar dan kuat adalah yang berdiam diri dari menceritakan kepada orang lain dan menghadapi ujian itu dgn seorang diri... wallahualam...

Jangan banyak bercakap

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Janganlah kamu banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t. kerana orang yang banyak bercakap selain berzikir kepada Allah s.w.t., akan menyebabkan hatinya keras dan manusia yang paling jauh daripada Allah s.w.t. adalah orang yang berhati keras.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran hadis:

Penjelasan tentang banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah akan menyebabkan hati menjadi keras dan jauh daripada rahmat Allah s.w.t.


Posted at 08:35 pm by latiff
Make a comment

Jan 9, 2005
masih dipersoal...

berapa kerap perkataan benar melintasi diri saban hari?... apakah sebenarnya maksud benar ini? benar mmg yang benar atau benar hanya sekadar ayat menyebut jadi 'benar'? apakah diri sangat prihatin dgn perkataan benar? sejauh mana benar menguasai diri?..

apa maksud benar sebenanya?... apakah kita orang yang benar?... apakah jalan yang kita lalui itu adalah jalan yang benar?... apakah benar jalan yang kita pilih itu kita tempuhi dengan kebenaran? atau hanya sekadar pelengkap waktu?...

tapi yang nyata hari ini, banyak nya orang hanya memperkatakan soal benar tapi secara hakiki nya jarang sekali ada yang benar2 mempersoalkannya.. well.. ini salah satu siri muhasabah diri.. jawap lah sendiri dgn keikhlasan yang benar dari hati dgn kebenaran ilahi.. sesungguhnya Allah mengetahui apa yang berada disudut hati..

Posted at 09:29 pm by latiff
Make a comment

Dec 22, 2004
aper lagi dipersoal?

hari-2 berlalu agak perlahan... masa meninggalkan kita tanpa lengah walau sesaat sekalipun.. yg menghargai masa pasti tidak akan mempersia-siakannya walau sedikitpun.. namun pada yang lengah, masa itu berlalu tanpa sedikitpun meninggalkan bekas pada empunya diri..

soalnya berapa kali sehari kita menoleh kebelakang, melihat kembali bekas-2 yang kita tinggalkan? kenapa masih menoleh kebelakang sedangkan kita sendiri akur yg tidak setitik pun yg mampu kita ulang kembali.. sesungguhnya tepat sekali kata-2 imam ghazali.. benda yang paling jauh seali adalah masa silam.. kenapa masih menyoal diri padahal benda itu tidak boleh kita ulangi? apakah bermain dgn hati dalam persoalan 'kalau' ? jawapannya hanya ada pada diri.. terpulang baik bagi yg ingin memperbaiki masa akan datang dan terpulang buruk bagi yg masih menyoal-2 persoalan 'kalau'.

sebagaimana orang lain.. aku sendiri tak pernah terlepas dari menoleh kebelakang sedang diri sgt tahu masa akan datang semakin berkurang.. detik demi detik... setiap hari kita lalui semakin jauh masa silam kita tinggalkan.. dan semakin kurang daya kita melengahkan masa yg datang..

orang tua berpesan.. barang yg lepas usah lagi dikenang.. jika dikenang rosak lah badan... apa benar pesanan ini? tapi.. apa pula salahnya mengingati pesanan ini? sesungguhnya semakin banyak benda yg dipersoalkan.. semakin berat bahu yg memikul.. sesungguhnya amat lemah diri ini.. apakah aku terperangkap sendiri dgn ilmu yg dicari?.. yang difahami?..

soalkan pada diri, berapa banyak kalikah diri ini meminta sedikit masa lagi? apakah ada masa yg diizinkanNya itu menyapa diri? apakah diri benar-2 menghargai peluang masa yg telah diberi? sulit sekali.. Ya Allah tolong lah aku dalam memahami persoalan-2 ini..

Posted at 11:57 am by latiff
Make a comment

Dec 15, 2004
i'm back

assalamualaikum..

lama betul tak menulis kat blog nie... ada satu sebab dan kesedaran yg tetiba muncul masa bulan puasa lepas yg buat aku lama tak menulis di blog nie... banyak benda yg kena review balik, yg kena ubah... punya la lama tak masuk, alek-2 arinie view blog nie dah ada dah kata-2 nista dari visitor yg tah saper-2... aku tak salahkan dia coz aku pun salah juga coz tak update blog nie dan dia pun tak lari dari penyakit hati.. penyakit hati yg banyak melanda manusia terutama masyarakat melayu sendiri, hope dia sedar dan berubah demi kebaikkan...

well.. aku still cam dulu.. alhamdulillah dipanjangkan umur dan sihat. bz? sipa pulak yg tak bz dalam dunia nie kan? tak banyak sikit mesti ada bz punyer, org malas jer yg tak bz nie :D

harinie sebagai mukadimah.. aku just nak bawak satu persoalan... persoalan yg simple tapi sgt payah utk dijawap... tak kira samada berpura-2 atau jujur.. persoalan nie selalunya tinggal persoalan aje dgn manusia banyaknya buat tak endah, dan sudah tentu dgn seribu satu macam alasan... persoalannya.. kenalkah siapa diri ini? selalu biler kita bukak persoalan simple nie, org selalu membuat kesimpulan pada penanya soalan itu terlebih dahulu sebelum menjawap persoalan yg diberikan... percaya tak nie? well.. try la experiment sekali, tanya soalan nie kat anybody yg kita kenal or tak kena.. anybody... for sure dia akan mengilap satu pandangan kat kita sebelum menjawap persoalan tersebut.. dan jawapan tak semestinya jawapan soalan tapi biasa juga jawapan dalam bentuk persoalan.. kalau kita menolak segala aspek lain dan just konon memandang aspek persoalan ini secara mata kasar atau umum... kita seolah-2 pula membahagi-2 kan akidah kita sendiri, sedang hidup berakidah islam tidak boleh sama sekali menceraikan persoalan hidup/amal/kehidupan dunia dan akhirat. susahkan nak jawap? kalau rasa takut nak bertanya kat somebody, y not tanya jer soalan nie pada diri kita sendiri... sejauh mana kita mengenali diri kita, sejauh itu jugalah kita mengenali Rabbi Izzati. ini bukan persoalan tasauf atau menduga-2.. tetapi sebagai persoalan yg sangat penting bagi seseorang yg mengucap dua kalimah syahadah. ok.. apa jadi kalau kta dah boleh menjawap persoalan tu? well... persoalan tu tak mati setakat itu sahaja.. jawap dulu persoalan tu dan persoalan seterusnya akan menyusul... wallahualam..

Posted at 08:42 pm by latiff
Make a comment

Oct 26, 2004
12 ramadhan 1425H

dah mashuk hari ke 12 dah puasa.. amalan masih lagi kurang... ibadat paling besar menyucikan hati masih tak tertunai walau satu malam pun... liatnya diri nak bangun mengadap Allah swt di tengah malam.. bertahajud..

today takder aper sangat nak disharekan.. takder aper aktiviti sgt aku dok buat sepanjang puasa nie.. melepak dgn kenkawan jarang sekali.. balik dari tadarus pun selalunya dah nak tengah malam.. penat tu tak sangat cuma badan lenguh-2 coz duduk bersila lama-2. harini tadarus dah sampai suratul Al-Kahfi, 2 pages selepas perkataan latiff pada ayat yg ke 19, dan yg tak syioknya group kitorang malamnie dimulai dgn 9 orang masa sesi pertama tapi biler masuk sesi kedua dah tinggal 4 orang jer dok baca, so banyaklah kena baca nak coverkan group members yg terpaksa balik awal tu... penat barangkali... takperla, lagipun sabtu dan ahad sudah aku tak bertadarus pun since shift petang, so kira cover balik la nie. terawih ok, masih bacaan pada surah An-Nuur semalam dan hari nie.. cuma semalam la yg paling best sekali bacaan imam hafiz, kusyuk betul, ramai yg dok mengelap pipi lepas bagik salam.. aku pun tak terkecuali.. bukan emosi tapi nikmat yg tiada dapat diungkapkan dgn kata-2...

today tazkirah pendek dari ustaz nazri chik.. today dia bawak buku yg dia karang bersama sahabat seperjuangannya.. tajuk ramadhan, penghayatan dan kisah-2 utama kalau tak silapnya.. harga murah tapi since aku tak bawak duit(bukan tak bawak tapi dah takder duit pun :D) so aku tak dapat nak tangkap satu... erm.. takperla nanti pinjam jer la yg masjid punya kalau ada kelapangan nak baca. tazkirah harinie singkat jer.. 20 minit tapi mmg packed! tazkirah berkisarkan ramadhan.. peristiwa penurunan al-quran.. yg mungkin ramai pun dah tahu, just ilmu baru aku perolehi malam nie bab membaca niat puasa... menurut uztaz nazri chik, amalan membaca niat puasa mengikut mazhab syafie yg menjadi ikutan masyarakat islam di Malaysia ialah niat dibacakan setiap malam hari sebelum waktu fajar, dan bagi siapa yg niat selapas waktu fajar.. maka tiada puasa bagi mereka... dan amalan membaca niat puasa utk sebulan itu bukanlah amalan didalam mazhab syafie tetapi diambil dari mazhab hambali... jadi tidak wajarlah kita mengikut cara membaca niat mengikut mazhab hambali sedangkan kita mengikuti ajaran dari mazhab syafie. so itu jerlah kot nak share hari nie.. buruknya perangai, jadi malas pulak nak bukak kitab tafsir hadis nak bentang hadis berkenaan niat puasa nie :( tgklah nanti ada kelapangan yg lain aku update lagik... assalamualaikum wbt.

Posted at 12:40 pm by latiff
Make a comment

Oct 23, 2004
kuih raya...

aha... today aku nak bercerita sikit bab kuih raya nie... not about what with kuih raya but my family kuih raya :D well sebenarnya aku nie pun jenis yg tak suka makan kuih raya(tu dulu-2 la) coz pada aku takder satu pun kuih raya nie yg menarik perhatian, masa kecik-2 dulu favorite aku tu jer la kuih bahulu ngn kuih gunting... kuih-2 yg lain nie aku tak makan sgt der.. maner taknyer, bentuk jer lenlain tapi rasa sumer sama.. sumer rasa tepung keras tu, my mom tak buat kuih raya sendiri.. dulu masa kecik-2 kitorang balik kampung mak, so biler dah reramai camtu depa kira gotong-royong la dok buat kuih raya al-maklum adik beradik mak aku ramainyer pompuan ajer. so biler hari raya jer, tu dia atas meja, lebih 10 bekas kuih raya dok ada, sekali pandang mmg nampak best, sekali rasa roper-2nyer sumer rasa sama kehkehkeh... yg paling aku tak tahan kuih sagu yg depa dok buat nie, dah la mcm sama besar dgn kuih bahulu nie, pulaknyer tu keras giler, baling kedinding pun tak pecah lagi kehkehkeh...

then biler dah besar sikit dah takder dok buat kuih raya sgt mak aku ngn makcik-2 aku nie, just makcik aku sorang nie jer yg cocentrate buat kuih raya, so mak selalunyer tempah je ngn makcik aku nie, pun begitu takder la sesedap mana pun, tapi lepas raya kompom abis jugak :D then start 5-6 tahun sudah rasanya, mak dah tak beli kuih raya.. nak tahu kenapa? coz adik-beradik aku yg sumer pompuan tu plak amik kontrak buat kuih raya ekekeke.. n as usual akulah tukang bagi komen... projek nie pun akak aku yg sulong aku lah yg punyer projek.. yeap aku ader sorang jer kakak :P ... time tu akak aku nie dah benti kije coz nak jadi surirumah sepenuh masa.. so dia kumpul la sumer adik-2 dok buat projek kuih raya nie... memacam la yg depa try dan aku pun dok nyebok sama.. dan aku yg decide utk ketengahkan kuih tart nenas, kuih samprit ngn kuih biskut mazola tu je dgn standard yg aku dah tetapkan taste dia chewahh.... bukan nak bangga, tapi seumur hidup aku dok makan kuih raya nie, ni la kuih raya yg paling sedap aku dok makan. well... our family punyer standard pun bukan nak amik utk sangat tapi nak orang lain puas hati dgn kuih yg kami dok promote.. bukan apa, dah kami satu family dah cukup pengalaman dah tak suka makan kuih raya yg tak sedap kehkehkeh.... so bisnes jalan.. akutak amik upah aper pun selalunyer kalau adik-beradik aku yg beniaga, for sure punyer depa yg untung dan aku yg rugi kuar modal jer :P tapi tu sumer takder hal lah, janji fun.

so... tanpa diduga, mmg mendapat sambutan jugak kuih raya adik beradik aku nie, banyak order diowang dapat, dan paling worst aku la, tak banyak dapat order... ye la aku lelaki mana reti nak market benda-2 nie sumer. lagipun banyak bebudak pompuan kat opis aku nie dok beniaga kuih raya gak.. yg tak syioknyer diorang nie main harga.. barang murah-2 sumer.. maner aku nak saing, kitorang bley saing dgn rasa jer la, harga tak dpt nak murah sgt.. mmg standard price. yerla ada orang just nak benda-2 nie sumer lengkap utk raya.. biarlah murah, tapi asal lengkap, tak sedap pun takper. tapi pada pendapat aku pulak, biarlah harga yg standed tak mahal membabi buta tapi rasa sedap... kan kita nak jamu tetamu datang rumah kita? kenalah bagi yg elok sikit, biar orang suka nak datang umah kita lagi tahun-2 depan, biar berkat rumah kita tu.

so start dari situ lah tiap-2 tahun adik-beradik aku dok amik order utk kuih raya n yes quality dia dikekalkan, memacam jenis kitorang dok buat, tak specific kat satu jenis jer tetiap tahun... ada tahun yg kitorang punyer projek buat kek kukus 10 jam... korang pernah rasa kek kukus sepuluh jam? sebenarnya bukan kukus tapi rebus 10 jam. rasa dia mmg blah... nie resipe abang ipar aku yg asal dari taiping tu. 1 tahun jer dok buat kek nie, then stop.. sebab penat nak buat kek nie.. makan banyak masa.. nak balut tin tu sebelum campak dalam air pun bukan kije senang. kek nie masa first time aku market dulu bukak harga dia 35hengget satu tin(besar kira cam tin milo yg sedang tu) org cakap mahal la aper.. well.. that is the price, walhal ikutkan cara nak buat ngn bahan-2 dia, just dpat utk tak banyak mana pun... tapi coz rasa dia yg blah tu, sampai arinie walaupun dah stop tapi stil ramai org dok bertanya tak buat lagi ke kek nie, siap ramai yg nak tempah lagik.. well bukan taknak buat brader, banyak kije nak buat kek nie.. penat toksah citer la.. sebab tu dari buang banyak masa dok cari duit untung nak raya baik stop dan banyakkan amal je.

then tahun nie majlis adek-beradek dok decide just buat kuih badam bijan ngn kuih cornflake madu. cam biasa biler market kat opis nie, org buat tak layan je, nanti last minute baru terhegeh-2, pastu dok ngungkit kuih tahun lepas sedapla, apsal tak jual lagi la.. macam-2.. nie tahun depan forsure kalau kitorang ubah buat kuih lain, org akan mintak kuih yg lama tu plak.. kehkehkeh.. padan muka korang awat dulu tak nak beli lebih? dah kener puji ngn tetamu barulah nak buat order ngn aku, tapi sorila.. nie bisnes adik beradik, yg mainly adik-2 aku yg study tu yg punyer kederat nak buat, nak order lepas raya pun boley tapi still nak kena dapat persetujuan adik-2 yg jadi buruh kasar tu dulu kehkehkeh.... alhamdulillah buruh-2 kasar tu  pandai jaga quality, kalau tak, mmg aku tak tolong market utk depa punyer :D

oklah thats al utk arinie.. melalut jer citer pasal kuih raya, walhal ramadhan tak habis sepenggal lagik hehehe.. so camana amal ibadat kenkawan sumer? hopefully hebat-2 belaka dan terus kekal baik sampai ramadhan yg akhir, pesan me jangan dok melilau selalu sgt kat pasar juadah.. nanti buat rosak pahala puasa ajer :D ok la.. till next time.. assalamualaikum wbt.

Posted at 03:31 am by latiff
Make a comment

Oct 19, 2004
bubur lambuk... melepas...

well.. harini selesai hari yg kelima berpuasa.. tadi petang lepas pasang semula sport rim yg baru siap repair tu dah pukul 5pm... ingatkan sempat nak pergi ambik bubur lambuk kat masjid kampung pandan... tapi hampa, kali ketiga nak menapau bubur lambuk tapi masih gagal :( apa yg best sgt bubur lambuk nie? well.. takder la best mana, yg paling best aku try pun yg kampung baru punya.. cuma setiap kali ramadhan, bubur lambuk nie dah jadi adat kemestian dikalangan warga kl yg beragama islam. mmg tiada hukum aper pun just strictly 'wajib adat' nie bukan fatwa aku tapi just cakap kedai kopi :D

today sembahyang tarawih dimasjid still ramai melaut lagi orang.. nie pun dah orang melayu jadikan 'wajib adat' jugak nampaknya :D yg wajib tu nombor 2 tapi yg sunat pulak jadi nombor 1. today solat sunat tarawih dipimpin oleh student al-hafiz... surah yg dibawa surah taha. aku noticed surah nie coz ada ayat doa penerang hati kat dalam surah nie dan kisah nabi musa a.s. dan harun mengadap firaun yg durjana. sesi tadarus mcm biasa, just pakcik yg aku kenakan semalam tu tak mai pulak mlm nie.. iskla.. rasa bersalah sgt aku dgn pakcik nie.. tobat dah tak buat lagi. n today aku belajar great lesson... kener tegur dgn moderator satu forum tu coz aku yg pandai-2 sgt pakai akal dok relate ayat al-quran dan hadis tidak pada tempatnya.. anyway thanks alot kat moderator tu coz tegur aku, dlm ertikata lain aku sgt mengambil manafaat dari teguran dia tu, insyaAllah aku will be more carefull on my own thoughts :) syukur sgt...

tazkirah today is about 6 penyakit hati, kata orang kalau benda berulang-2 dia jadi basi, tapi this one is good tazkirah.. amat berguna bagi org yg suka bermuhasabah diri. so apabenda 6 penyakit hati nie?

1. hasad dengki sesama manusia
2. riak dalam beribadat
3. ujub dgn diri
4. kasihkan dunia
5. bakhil dgn harta
6. tidak menerima dugaan ilahi

rasa tak perlu nak huraikan sgt, semua orang dah tahu rasanya, just dgn keywords tu org boley fikir sendiri. tambahan tazkirah pada doa, 4 jenis keadaan doa iaitu

1. doa yg terus dimakbulkan Allah swt
2. doa yg Allah makbulkan juga tetapi setelah tempoh yg lama
3. doa yg Allah tak terima tetapi Allah gantikan yang lebih baik lagi
4. doa yg Allah tak makbulkan tapi Allah balas dgn pengampunan dosa.

so apapun keadaan jgn stop berdoa, sesungguhnya Allah swt, Dialah yg sebaik-2 pemberi lagi sebaik-2 penolong.

Posted at 02:00 pm by latiff
Make a comment

Oct 18, 2004
hari keempat...

alhamdulillah, harini selesai sudah berpuasa utk hari yg keempat... dapt juga bertarawih dimasjid seperti tahun-2 yang sudah.. tahun nie masjid al-mustaqimah buat tarawih 8 rakaat dan 3 witir seprti tahun-2 yang sudah juga, cuma jika tahun sudah setiap 4 rakaat tarawih, majlis stop sekejap utk laluan majlis ilmu/tazkirah ringkas tetapi tahun ni tazkirah dibuat setelah selesai solat sunat witir. masyaAllah penuh masjid orang dok bertarawih.. alangkah baiknya kalau dihari-2 biasa juga masjid penuh macam nie utk solat fardhu :) tadi lepas solat isyak, gatal juga mata nie meninjau kebelakang, confirmed mmg penuh sampai saf yg belakang sekali. biler selesai witir dan laluan utk tazkirah, masjid lenggang pun macam biasa juga, tak sampai suku jemaah tadi yg tinggal pun. malam semalam ustat asmuei yg pimpin solat tarawih, tak ingat surah apa yg dia baca..erm.. lama betul tak melakatkan diri ngn al-quran sampai tak tahu surah yg mana orang dok baca.. dush.. ketok kepala nie sekali :p

tadi tarawih dipimpin oleh imam 3, ustaz yusoff.. ustaz asmuei al-hafiz tak dapat nak jadi imam coz tak berapa sihat, batuk-2... ustaz yusoff dok bawak suratul al-hasyr ayat 1-24.. one thing about ustaz yusoff, sejak dia pencen nie banyak surah yang dia hafalkan.. hopefully Allah swt memanjangkan umur dan memberikan kesihatan tubuh dan mental pada aku dan dapat juga menghafiz ayat-2Nya jika tidak sekarang, nanti masa pencen pulak insyaAllah harap dimakbulkan. dalam suratul al-hasyr nie banyak janji-2 Allah akan seksaan Nya yg keras dan firmanNya agar orang-2 yang beriman agar mentaati perintahNya. 3 ayat yang akhir menyebut akan kebesaranNya dan asma ul-husna :

[22] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[23] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

[24] Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

aku paste kan kat sinie sekali bacaan dari fazilatul syeikh saad al-ghamdi bacaan dari suratul al-hasyr ayat satu hingga 24.

sesi tadarus dah masuk hari yg kelima, harinie alhamdulillah dapat selesaikan surah an-nisaa'. mcm tahun yg sudah setiap orang kena baca 2 muka dan dah set majlis tadarus kena habiskan atleast 24 muka setiap hari, kalau dapat lebih, itu lebih bagus. semalam dan harinie aku jadi pembaca yg ketiga, tapi harinie aku sedikit nakal la pulak :D ada sorang pakcik nie, dia suka dok mengaji selepas aku, aku tahu coz dia nak cedok nada dari aku coz bacaan dia kurang baik.. selalu aku tak kisah pun, tapi harini ntah kenapa aku buat nakal dgn dia, aku dok baca lenggok lain dari biasa.. lenggok ustaz asmuei yg biasanya dia perdengarkan masa solat subuh pagi jumaat. mmg la bacaan lenggok aku tu tak sebaik ustaz asmuei, tapi aku cuba juga.. aku perasan pakcik-2 yg lain dok menjeling kat aku dok baca lenggok camtu, bukan apa coz aku pun tak mahir lenggok tu so bacaan tu mmg bunyi janggal walaupun ada path-2 yg sama cam lenggok ustaz asmuei juga.. hasilnya berterabur la pakcik yg baca selepas aku nie, aku dok senyum jer dalam hati.. isk la.. jahatnya aku.. ya Allah... ampunilah aku... sebenarnya tujuan aku bukannya nak mengenakan pakcik tu sgt, tapi aku nak cuba cara nada yang lain yakni cuba nak perbaiki ilmu bacaan yg ada dan berharap ada orang tegur aku jika ada yg tersalah. takut juga kalau ustaz asmuei marah kalau aku tiru nada bacaan dia sebab aku tak menuntut betul-2 cara bacaan begitu dari dia. one thing yg aku reallized kalau aku lama tak hadir kat kelas talaqi dan tajwid dia, nanti aku akan termimpi kat dia.. kot dia menyebut nama aku tak tahulah.. tapi tulah yg aku rasa.. macam ada hubungan camtu antara guru dan murid..  tapi aku pun suka mcm tu, atleast boleh mengingatkan aku juga utk kemasjid belajar mengaji dgn dia selalu :)

Posted at 11:47 am by latiff
Make a comment

Oct 15, 2004
ramadhan 1425H

ramadhan datang lagi... alhamdulillah syukur kehadratNya yg memakbulkan doa ku pada ramadhan yang lepas agar dsihatkan tubuh badan, dipanjangkan umur utk bertemu dgn ramadhan pada tahun ini...

ramadhan dah bermula, tapi permulaan tahun ini aku atak dapat lagi nak berjemaah terawih di masjid lagi... shift petang... insyaAllah hari ahad nie dapatlah hendakna berjemaah seperti tahun-2 yang lepas.. kali nie insyaAllah aku dapat bersama lagi bertadarus dimasjid seperti taun yg sudah, join ngn org tua-2. bukan tak mahu duduk dalam kelompok yang muda tapi sebab dah biasa bertadarus dgn pakcik-2 nie dan yang penting ada imam hafiz ustaz asmuei yang pimpin.

well.. camaner puasa korang hari nie? first day puasa.. penat tu takder rasa sangat tapi rasa sakit kepala.. maybe sebab perut kosong dan masuk angin, maklumlah duduk dlm bilik beraircond jer. yang tak bestnya pulak tahun nie takder tv kat department aku, tv yg dulu kitorang beli t bos dah tak kasi kitorang gunakan lagi.. pelik kan, tv yang takder aper sgt tu jadi tak boleh, tapi internet yg penuh dgn bahan-2 berunsur lucah tu dia tak kesah pulak... entah la.. tak syiok betul time berbuka tak dengar azan. tgk la besok kalau dah nekad hati nie, aku bawak juga tv yg lama tu kepejabat :D

hari nie berbuka kat ofis ok jugak, tapau nasik tomato dgn air mata kucing... takder la banyak maner tapi makan sikit jer pun dah rasa kenyang ya amat. apa korang punyer favorite masa bulan puasa nie? yg aku paling favorite kuih tepung pelita yg ada sorang makcik nie jual kat pandan indah tu... mmg blah kuih pelita dia, hope dia still berniaga kat situ tahun nie. permulaan puasa nie aku rasa takder la panas sgt cuaca, hari -2 hujan jer kat sini, so bahang dahaga tu takder la terasa sgt, tu pun still ader jugak kaum yg first day dah start tak puasa.. entah la... ok lah cukup takat nie dulu.. nak masuk tido, supaya nanti bangun sahur badan sihat utk beribadat insyaAllah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila tiba bulan Ramadan, pintu-pintu Syurga akan dibuka dan pintu-pintu Neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dibelenggu.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).


susungguhnya tiadalah kuasa pada iblis dan syaitan utk menyesatkan manusia melainkan hawa nafsu manusia sendirilah yg menyesatkan dirinya sendiri.. nauzubillah.

Posted at 12:23 pm by latiff
Comments (3)

Oct 4, 2004
update news :D

lama tak update... selalu biler aku tak update blog nie alasan nya tetap sama, bz...dan selalu kalau bz takder quality time nak menulis kat blog, aku dok rajin posting kat forum pulak, ada banyak forum yg aku dok rajin posting, yg paling obvious macam ada link ke satu site forum dlm blog aku nie, selalu dok berforum dalam 2 benda jer, hal topik keislaman dan kereta.. tu je.. ada 2-3 forum nie aku dok cocentrate ngn agama je, ada yg aku cocentrate agama dan kereta, ada yg aku just cocentrate kereta jer, ader gak forum yg aku masuk tu aku tak posting aper-2 coz ilmu tak cukup, baik bab agama atau kereta hehehehe... selalu aku masuk forum yg tahap ilmu tinggi nie coz nak cari some new ilmu yg aku tak tahu atau nak cari something yg menjadi persoalan kat dlm kepala nie.

lama tak menulis banyak pulak rasa benda nak cerita.. biasala... good news is, aku dah berjaya melunaskan semua yuran space utk sem nie.. so i'm free to sit exam and denda... aku berjaya mendapatkan rim aku yg pecah sebijik tempohari tu kat klang dan aku managed to bought 2 new japan dunlop tyres.. aku managed to bought gab adjustable shock yg depan siap spring walaupun 2nd hand tapi still in a very good condition... managed to get very hard spring for rear kayaba sr shock (wah keta aku sekang nampak tegap jer, saper duduk seat belakang sendiri mau ingatla hehehehe...) aku managed to setel some citibank debts and paling best sekali, aku managed bagi lebih duit poket kat mama utk bulan nie... alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi atas segala rezekinya.. semuanya aku berjaya buat kerana Dia... yang tak bestnya pulak, exam dah dekat giler.. 12hb ada final kol 2.30 petang, dan yang tak best jugak, aku jarang sikit kemasjid.. sibuk ngn hal dunia dan kat masjid pun dah tak banyak ceramah/majlis ilmu cam dulu, tapi aku dah niat dah nak sibuk before puasa dan tak mahu sebarang benda dunia dok menjadi aral aku nak beribadat pada bulan puasa nanti.. moga tuhan memanjangkan umur aku dalam iman dan sempat menemui bulan ramadhan nanti dan disihatkan tubuh badan utk beribadat.. insyaAllah

so guys.. nanti la aku update lagi with some other interesting story, just linkkan blog harinie ngn surah Az-Zaariyaat(surah ke 51) yg dimengaji mlm tadi (tapi aku linkkan bacaan oleh Syed Saad Al-Ghamdi kat sinie) dalam surah nie banyak diceritakan kisah umat-2 nabi terdahulu yg engkar... ada cerita berita gembira kepada Nabi Ibrahim A.S yg dibawa oleh malaikat bahwa isterinya yg mandul itu akan mengandung.. ada cerita kaum nabi luth... ada ayat yg mana tuhan jadikan sesuatu itu berpasang-2an.. dan banyak lagi.. kalau rajin carilah terjemahan dia.. ok lah cukup takat nie dulu.. Assalamualaikum wbt.

p/s: tilawah alquran peringkat antarabangsa dah start, aperlagi lepak la depan tv layan nie pulak :D


Posted at 11:42 pm by latiff
Comments (1)

Next Page






Free Hit Counters